Tukar Ferrari Jadi Limousin

SEBUAH Ferrari F360 baru berharga bermula dari AS$81,678 (RM246,790).
LONDON - Seorang pemilik Ferrari 360 di sini membelanjakan wang sebanyak AS$326,687 (RM987,084) untuk mengubahsuai kereta sport miliknya menjadi sebuah limousin, lapor sebuah akhbar semalam.

Proses mengubah suai kereta sport yang dibeli pada harga AS$81,678 (RM246,790) itu mengambil masa enam bulan dengan menggunakan alat ganti tulen Ferrari.

Ferrari 360 asal memiliki 400 kuasa kuda (bhp) dan mampu memecut 0-100 kilometer sejam dalam masa cuma empat saat. Namun, limousin tersebut tidak dapat mencapai kelajuan asalnya kerana beratnya sudah bertambah. - Agensi-SUMBER



Share this video :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Video Gempak! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger