Bangkai Makhluk Asing Ditemui di Rusia


ULAN-UDE - Satu klip video yang bocor di Internet menunjukkan satu bangkai mahkluk asing ditemui di wilayah Siberia, Rusia, lapor laman Allnewsweb.com kelmarin.

Bangkai berkenaan ditemui di kawasan bersalji selepas satu objek besar dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) bercahaya merah jambu dan biru menjunam ke Bumi sebelum terhempas di wilayah Irkutsk lebih sebulan lalu.

Kejadian itu disaksikan ratusan penduduk setempat manakala satu pasukan terdiri daripada beberapa ejen perkhidmatan rahsia dan pegawai Kementerian Sains Rusia tiba di lokasi kejadian beberapa jam kemudian.

Insiden yang jarang berlaku itu turut mendapat liputan meluas di Rusia termasuk agensi berita rasmi Interfax tetapi ia dipinggirkan oleh media Barat, dipercayai bagi menyembunyikannya daripada pengetahuan umum.

Klip video tersebut yang menunjukkan bangkai makhluk asing yang ditemui di wilayah Republik Buryatia, Siberia, tidak jauh tempat UFO itu terhempas di wilayah Irkutsk kini boleh ditonton di laman YouTube.

Makhluk asing itu terselamat dalam nahas udara itu ia tetapi mati tidak lama kemudian ekoran iklim sejuk Rusia yang ekstrem. - Agensi-SUMBER



Share this video :

+ comments + 5 comments

Anonymous
13 May 2011 at 00:19

ni bkn betul makhluk asing la...
ni kes remaja kat sana yg buat pakai kulit daging pape tah...

Anonymous
16 May 2011 at 11:53

sudah disahkan oleh pakar di barat alien tu palsu.. ia di buat menggunakan kulit ayam dan bahan roti

Anonymous
21 July 2011 at 13:11

nampak sangat peha ayam kat tangan kiri alien tu.. .. sume cam sambung2... no more than artpieces

Anonymous
11 October 2011 at 13:27

mengrt je~

Anonymous
2 November 2011 at 16:39

makhluk asing tu ad bro ,tp x taw dtg mane planet,bukti pd lukisan zaman purba artifak ad mencatatnya

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Video Gempak! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger