Saya ingin Menonton Filem World Invasion: Battle Los Angeles!


Ada peminat filem sains fiksyen seperti Terminator, Distric 9 atau Skyline? Jika anda penggemar filem seperti ini jangan lepaskan peluang untuk menonton filem World Invasion: Battle Los Angeles yang akan berada di pawagam pada bulan Mac ini.
Ingin mengetahui sejauh mana kehebatan filem ini? Baca sinopsis dan lihat trailernya dahulu.
Untuk beberapa tahun, terdapat dokumentasi kes-kes penemuan UFO di serata dunia – Buenos Aires, Seoul, France, Germany, China. Akan tetapi pada 2011, apa yang hanya merupakan penemuan sahaja untuk seketika waktu dahulu, kini menjadi realiti yang menakutkan apabila Bumi diserang oleh kuasa-kuasa yang tidak dikenali. Semasa penduduk dari serata dunia melihat kejatuhan bandar-bandar terhebat di dunia, Los Angeles menjadi tempat tumpuan terakhir untuk pertempuran yang tidak diduga. Kemenangan bergantung kepada staf sarjan Marine (Aaron Eckhart) dan platun barunya untuk bertempur dengan musuh yang tidak seperti mana-mana yang pernah ditemui sebelum ini....
Bagaimana? Sudah tidak sabar untuk menonton filem ini? Ingin mengetahui apakah kesudahan cerita ini? Ayuh! ramai-ramai kita serbu ke pawagam yang berdekatan pada 17 MAC 2011. Dan untuk lebih lanjut mengenai filem ini, boleh la layari laman web rasmi berikut http://www.battlela.com/site/ terdapat lebih banyak video dan gambar serta berita-berita mengenai UFO atau Alien. Malaysia juga turut tersenarai mengenai penemuan UFO.

Share this video :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Video Gempak! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger