Gadis Kelantan Cedera Terjun Tingkat 3

DETIK-DETIK mencemaskan ketika seorang gadis cuba terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall di Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU – Pusat beli-belah KB Mall di sini yang pernah gempar ekoran tragedi kereta ‘menjunam dari langit’ pada tahun 2009 sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila seorang gadis cuba terjun disyaki untuk membunuh diri dari tingkat tiga bangunan tersebut.
Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menarik perhatian ramai apabila mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan berdiri di birai bangunan sambil memegang sebilah pisau dan sebuah telefon bimbit.
Sesekali gadis yang bekerja di pusat beli-belah Wakaf Che Yeh dekat sini itu dilihat cuba mengacu dan meletakkan pisau pada lehernya.
Mangsa yang berasal dari Kampung Gaung di sini dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.
Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk gadis tersebut.
Ketua Operasi Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusman Mat Yusof berkata, cubaan pihaknya untuk menarik mangsa gagal apabila gadis itu terlepas daripada genggaman anggota bomba dan terjatuh ketika dia meronta-ronta untuk terjun.-Kosmo!





Share this video :

+ comments + 4 comments

25 March 2011 at 16:18

Bakpo jadi lagu tu..??

25 March 2011 at 17:16

gle btol...ish2

Anonymous
25 March 2011 at 21:22

bakpo jadi nakwotu perasaan org ke

28 May 2011 at 02:33

serabut perut la tino gini..tak sedo diri

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Video Gempak! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger