New Videos

Tolak Lamaran di Tempat Awam

video Terkejut kekasih tolak lamaran ditempat awam

LOS ANGELES - Seorang lelaki terkejut seolah-olah tidak percaya apa yang telah berlaku selepas teman wanitanya menolak lamarannya di hadapan orang ramai yang sedang duduk di kawasan kedai makanan sebuah pusat beli-belah Sherman Oaks Galleria di sini baru-baru ini.

Kejadian itu disiarkan di laman YouTube menunjukkan lelaki tersebut melutut sebelum berdiri semula di depan teman wanitanya dengan seorang pemain gitar menyanyikan lagu klasik Sweet Caroline.

Wanita tersebut kelihatan amat terkejut dan tersenyum semasa kekasihnya membuat lamaran itu. Lelaki itu melutut sambil mahu menyerahkan sebentuk cincin kepadanya manakala orang ramai bertepuk tangan.

Namun, lelaki itu berada dalam keadaan yang terkejut seolah-olah tidak mempercayai apa yang berlaku kerana kekasihnya yang dikenali sebagai Caroline berkata: "Oh Tuhan, apa yang kamu lakukan?".

Wanita itu kemudian meninggalkan lelaki berkenaan yang berada dalam keadaan tergamam.

Pemain gitar tersebut berusaha menenteramkan lelaki itu yang kelihatan amat kecewa. - Agensi-SUMBER

Budak Magnet!


Koprivnica, Croatia, Ivan Stoiljkovic berusia enam tahun mempunyai cerita unik kerana tubuhnya berfungsi seperti magnet kerana logam boleh melekat pada tubuhnya dipercayai mempunyai kuasa menyembuhkan beberapa penyakit.

Menurut keluarganya, Ivan sebelum ini berjaya menyembuhkan sakit perut datuknya dengan menggunakan tangannya. Datuknya, Ivo berkata, apabila cucunya itu meletakkan tangan di perutnya yang sakit, dia berasa panas sebelum kesakitan tersebut hilang. Dia juga berjaya melegakan seorang jirannya yang cedera di kaki selepas terlibat dalam kemalangan traktor.

Ivan sebelum ini terkenal kerana barang logam seperti sudu, telefon bimbit dan periuk akan melekat pada tubuhnya apabila dia menanggalkan baju selain barang logam seberat 25 kilogram turut melekat pada tubuhnya.-SUMBER

Messi Rosakkan Pintu Kecemasan Kapal Terbang


BARCELONA - Lionel Messi, Striker Barcelona, dilaporkan media-media Sepanyol mendapat teguran dari juru terbang pesawat yang ditumpangi oleh pasukan Barcelona semasa pulang dari Valencia, Rabu lalu, karena merusakkan panel pintu kecemasan.

Kejadiannya berlaku di dalam pesawat ketika pasukan Barcelona merayakan kejayaan mereka menjuarai La Liga BBVA setelah berjaya seri 1-1 dengan Levante.

Para pemain Barcelona, termasuk Messi, bersuka-ria dan bernyanyi . Tatkala sedang bersukaria itu, Messi tiba-tiba mencari pramugari, untuk melaporkan bahawa dirinya secara tidak sengaja merusakkan panel pintu kecemasan.

Pramugari tersebut segera melaporkan kepada juru terbang .Tak lama kemudian terdengar suara juru terbang melalui pembesar suara.

"Sesungguhnya ini malam yang istimewa. Ini adalah kapten anda yang bercakap . Kami telah diberitahu bahawa salah satu panel pintu keluar sudah berubah kedudukannya. Saya tahu ada penumpang yang bersuka ria diantara kita, tapi saya minta semua menjaga ketenangan. Terima kasih," kata juru terbang.

Buat Audi A7 Daripada Kertas


Berita saya ambil dari KOMPAS.com, faham-faham sendiri la ye. Admin malas nak translate. Hehe
NEW YORK, - Selalu ada cara unik yang dipilih produsen mobil dunia untuk memperkenalkan produk barunya ke pasar, Audi salah satunya. Pabrikan mobil Jerman yang bermarkas di Ingolstadt ini menampilkan video unik salah satu model barunya A7 mengaplikasikan teknik kerajinan kertas di ajang ajang New York Auto Show yang tengah berlangsung di "The Big Apple" 22 April - 1 Mei 2011.
Audi Amerika Serikat menggandeng desainer grafis Taras Lesko untuk mewujudkan hal ini dan membutuhkan waktu 10 hari lebih. Total 285 guntingan kertas yang dicetak melalui printer warna dan dipotong-potong, lalu disambung dengan bantuan lem. Hasilnya, luar biasa. Mobil dibuat bukan cuma tampilan luar, tapi juga sampai interiornya.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Video Gempak! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger