Temasya Rodeo Babi di Jepun


Rodeo selalunya di kaitkan dengan binatang berkaki empat seperti kuda dan lembu.Secara amnya aktiviti sukan lasak ini begitu popular di Sepanyol.Sukan rodeo ini selalunya menggunakan lembu tapi adakah masuk akal bila digantikan dengan babi yang pendek dan gemuk?Mengapakah babi dipilih dan bukannya lembu?Begini,di wilayah Ehime di Jepun begitu terkenal dengan pengeluaran daging babi secara besar-besaran.Pengeluaran produk babi merupakan tradisi yang diwarisi lebih daripada 25 tahun.Bagi meraikan pengeluaran babi yang berjaya,aktiviti menunggang babi (rodeo) mula di anjurkan.Dan temasya ini mula menjadi kontroversi apabila video peserta menunggang babi tersebar di You Tube.Ramai pihak terutamanya daripada aktivis Hak Asasi Haiwan yang telah menghantar petisyen bagi menghalang temasya tahunan ini diadakan.

Rules dalam pertandingan rodeo babi ini sama seperti dengan rodeo biasa,peserta yang berjaya mengawal dan kekal di atas badan babi ini akan di kira sebagai pemenang.Mereka di kehendaki untuk bertahan di dalam kawasan kandang yang berkeleluasan 30 meter.Pemenang rodeo babi ini akan bawa pulang ¥50,000.

Setelah video pada tahun 2009 tersebar,isu rodeo babi kini sudah berakhir.Tak ada lagi festival seumpama itu diadakan di Jepun.

Share this video :

+ comments + 1 comments

pecinta penyu
27 December 2011 at 09:28

memang menatang babi....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Video Gempak! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger