BANGALORE - Dua ekor gajah memijak seorang penduduk di bandar Mysore sehingga mati selepas haiwan itu mengamuk selama tiga jam semalam, kata beberapa pegawai.
Menteri Muda Pendidikan di negeri Karnataka, S. A. Ramdas berkata, kedua-dua ekor gajah itu memasuki bandar tersebut dari hutan berdekatan pada pukul 6 pagi.
Menurutnya, mangsa yang terbunuh itu merupakan penduduk berusia 55 tahun yang keluar rumah selepas mendengar bunyi bising.
Sejumlah pengawal hutan dan pegawai dari Zoo Mysore menembak kedua-dua ekor gajah itu dengan ubat pelali selepas ia mengamuk selama tiga jam.
Menurut Ramdas, kedua-dua ekor haiwan itu akan dihantar semula ke hutan.
Semua sekolah dan kolej di bandar tersebut ditutup selama sehari ekoran kejadian tersebut.
Seorang pegawai menyalahkan penempatan manusia di kawasan hutan sebagai punca haiwan itu mengamuk kerana mereka mengganggu habitat gajah.
Menurutnya, gajah itu memasuki kawasan bandar kerana ia mahu mencari makanan. - Agensi- SUMBER
Post a Comment