SHANG HAI, China - Seorang pekerja telekom, Wang Kang mencetuskan sensasi di Internet apabila dia hadir di pejabat dengan memakai kostum watak adiwira Iron Man yang dibuatnya sendiri, lapor sebuah akhbar semalam.
Rakan-rakan sekerja pemuda berusia 25 tahun itu terkejut melihatnya berjalan masuk ke dalam pejabat di sini dengan memakai sut tersebut.
Kostum yang diperbuat daripada busa dan kerangka aluminium itu mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan. Ia memerlukan kos sekitar AS$450 (RM1,364) dan seberat 50 kilogram.
"Rakan-rakan sekerja saya tidak tahu misi saya. Sebahagian mereka tergamam apabila melihat saya menghampiri mereka," katanya.
Dia mendapat idea untuk membina kostum tersebut selepas menonton filem Iron Man yang dibintangi Robert Downey Junior pada tahun 2008.
Klip video kejadian tersebut dirakam oleh seorang rakan sekerjanya yang kemudian, menghantar rakaman itu ke laman web perkongsian video YouTube. - Agensi-SUMBER