LONDON--MICOM: Seorang nenek dari Spring Boroughs di daerah Northampton berjaya menggagalkan rompakan sebuah kedai perhiasan dan jam tangan di jalan utama kota di wilayah Midland, Inggris, Selasa (8/2)
Berita keberanian nenek yang disiarkan oleh ITV News itu disebarkan oleh internet di pelbagai negara dan menjadi bualan di mana-mana.Rakaman itu menunjukkan dari jauh nenek berusia 71 tahun ini berlari dan memukul perompak itu dengan mempertaruhkan nyawa.
Nenek yang bernama Ann Timson yang berada di seberang jalan menyaksikan perompak bertindak memasuki kedai perhiasan dari jauh. Lalu ia berlari dan memukul perompak-perompak itu dengan beg tangannya yang berwarna hitam.
Dengan membabi buta, nenek membelasah dengan beg tangannya itu, sehingga keenam perompak yang ingin melarikan diri dengan menggunakan Vespa pun terjatuh. Para perompak itu akhirnya tertangkap di sekitar lokasi kejadian.
Nenek Anna Timson mengatakan pada awalnya tidak ada satu pun orang yang lalu lalang di pagi hari itu yang membantunya. Setelah sang perompak terjatuh dari Vespa, maka masyarakat, termasuk polis pun memberkas perompak yang berjumlah enam orang itu.
Credit to AmazingGila
+ comments + 1 comments
salam kenal.. n follow.. hehe
Aku terpaksa
Post a Comment