New Videos
Showing posts with label China. Show all posts
Showing posts with label China. Show all posts

Kanak-kanak Cedera Dilanggar Tidak Dihirau




BEIJING 17 Okt. - Rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun di China yang dilanggar sebuah van dan kemudian tidak dihiraukan oleh pejalan kaki, menggemparkan negara ini dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia menggambarkan keadaan kurang bermoral dalam masyarakat moden di republik ini.
Video dari kamera litar tertutup bertarikh 13 Oktober lalu itu dan disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan merakamkan seorang kanak-kanak perempuan dilanggar sebuah van dan kanak-kanak itu ditinggalkan dalam keadaan berdarah di sebuah jalan raya di bandar Foshan, wilayah Guandong.
Media rasmi hari ini melaporkan lebih 12 orang yang melalui jalan itu sama ada pejalan kaki atau menaiki basikal, tidak mempedulikan kanak-kanak itu sehinggalah dia dilanggar buat kali kedua oleh sebuah lori.
Seorang wanita kemudian menarik kanak-kanak berkenaan ke tepi jalan sebelum ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang pekerja asing di bandar itu tiba di tempat kejadian.
Akhbar China Daily melaporkan kanak-kanak itu yang kini dirawat di sebuah hospital, diisytihar 'mati otak'.
Agensi berita Xinhua melaporkan dua pemandu kenderaan yang melanggarnya telah ditahan polis. - Reuters
-Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1018&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm

Budak Tersepit di Celah Dinding


BEIJING - Seorang budak lelaki dari Daye di wilayah Hubei tengah China tersepit di celah dinding bangunan selama tiga jam sebelum diselamatkan beberapa anggota bomba, lapor sebuah akhbar semalam.

Budak lelaki itu bersembunyi di celah ruang kecil berukuran 15 sentimeter di antara dua bangunan semasa dia bermain permainan sembunyi bersama rakan-rakannya baru-baru ini.

Pihak bomba dihubungi selepas beberapa rakan dan orang ramai gagal menariknya keluar dari celah bangunan itu.

Beberapa anggota bomba bertindak memasuki salah sebuah bangunan bagi memecahkan dinding berhampiran budak itu untuk menyelamatkannya. - Agensi-SUMBER

Cedera Akibat iPad


BEIJING - Empat orang cedera apabila berlaku satu rusuhan semasa sejumlah pelanggan berbaris untuk membeli komputer tablet iPad 2 di luar sebuah kedai di sini.

Kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu di kawasan Sanlitun itu bermula apabila seorang kakitangan kedai menjual iPad menumbuk seorang pelanggan yang memotong barisan.

Ekoran kejadian itu beberapa pelanggan lain memecahkan pintu kaca di kedai berkenaan.

Menurut beberapa saksi, botol-botol air dibaling semasa rusuhan itu berlaku.

Empat orang yang cedera itu dirawat di sebuah hospital dan polis mengambil keterangan mereka.

Seorang jurucakap syarikat Apple yang mengeluarkan iPad di China, Carolyn Wu berkata, kedai itu ditutup selama beberapa jam pada Sabtu lalu selepas kekacauan di luar kedai berkenaan tidak dapat dikawal. - Agensi
Sumber-http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0510&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

Lelaki Memandu Dua Kereta Bumper di Jalan Raya


BEIJING - Polis terkejut apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki memandu kereta yang mengandungi dua bampar di sebatang jalan raya di Taizhou, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang anggota polis menahan pemandu kereta itu yang mendakwa dia memandu kenderaan tersebut kerana ia merupakan cara pengangkutan yang paling murah.

Lelaki tersebut diberikan amaran oleh polis supaya tidak mengulangi perbuatannya kerana tiada undang-undang di China yang melarang penggunaan kereta unik itu. - Agensi-SUMBER

Budak Empat Tahun Hisap Rokok Dalam Kereta Api


BEIJING - Satu klip video di sebuah laman web di China menunjukkan dua kanak-kanak dipercayai berusia tiga dan empat tahun ketawa semasa mereka merokok di dalam kereta api, lapor sebuah akhbar semalam.

Dua budak itu berdiri di ruang yang kerap dikhaskan untuk penumpang yang merokok.

Dalam klip video tersebut, salah seorang budak itu menghembuskan rokok ke arah rakannya.

Klip video itu mencetuskan perdebatan terbaru mengenai amalan merokok di China yang mempunyai kira-kira 300 juta perokok dewasa.

Imej itu mencetuskan kemarahan daripada penonton yang melihat gelagat budak tersebut di laman Netease.com yang merupakan web portal terbesar di China.

Namun, tiada maklumat yang diberikan berhubung ibu bapa budak tersebut dan destinasi kereta api tersebut. - Agensi-SUMBER

Meriam Popcorn China


Inilah antara cara yang unik untuk membuat popcorn. Only in China.
As always, they do it quicker, cheaper, and with slightly more lead.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Video Gempak! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger