New Videos
Showing posts with label Budak2. Show all posts
Showing posts with label Budak2. Show all posts

Kanak-kanak Cedera Dilanggar Tidak Dihirau




BEIJING 17 Okt. - Rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun di China yang dilanggar sebuah van dan kemudian tidak dihiraukan oleh pejalan kaki, menggemparkan negara ini dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia menggambarkan keadaan kurang bermoral dalam masyarakat moden di republik ini.
Video dari kamera litar tertutup bertarikh 13 Oktober lalu itu dan disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan merakamkan seorang kanak-kanak perempuan dilanggar sebuah van dan kanak-kanak itu ditinggalkan dalam keadaan berdarah di sebuah jalan raya di bandar Foshan, wilayah Guandong.
Media rasmi hari ini melaporkan lebih 12 orang yang melalui jalan itu sama ada pejalan kaki atau menaiki basikal, tidak mempedulikan kanak-kanak itu sehinggalah dia dilanggar buat kali kedua oleh sebuah lori.
Seorang wanita kemudian menarik kanak-kanak berkenaan ke tepi jalan sebelum ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang pekerja asing di bandar itu tiba di tempat kejadian.
Akhbar China Daily melaporkan kanak-kanak itu yang kini dirawat di sebuah hospital, diisytihar 'mati otak'.
Agensi berita Xinhua melaporkan dua pemandu kenderaan yang melanggarnya telah ditahan polis. - Reuters
-Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1018&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm

Lelaki Selamatkan Kanak-kanak Terjatuh Dari Escalator

Lelaki Selamatkan Kanak-kanak Terjatuh Dari Escalator, Boy Falls from Top of Escalator Turkey

Seorang lelaki di Turki menjadi hero setelah berjaya menangkap seorang kanak-kanak tepat pada waktunya yang terjatuh dari eskulator di sebuah pasaraya di Istanbul.


Kejadian tersebut yang berjaya dirakamkan kamera, menunjukkan kanak-kanak tersebut yang sedang menunggu bapanya, tergantung pada eskulator dan membawanya naik ke tingkat 2 pasaraya tersebut sebelum terjatuh.


"Saya memerhatikan anak tersebut bermain di eskulator, tidak ada yang bahaya pada ketika itu" kata lelaki yang menyelamatkan kanak-kanak tersebut kepada wartawan. Saya kembali ke kedai dan saya telah diberitahu bahawa dia menaiki eskulator. Jadi saya berlari mengikuti kanak-kanak tersebut dan melihat dia hampir terjatuh. Saya memiliki masalah kesihatan tetapi saya melakukan yangg terbaik untuk menangkap anak tersebut.
Credit to: Dunia Junko

Doktor Bedah Berusia Tujuh Tahun


VIVAnews - Untuk menguasai ilmu bedah, seseorang harus menempuh pendidikan kedokteran lalu spesialis yang kadang memakan waktu bertahun-tahun. Namun tidak bagi Akrit Jaswal.

Bocah ini berhasil menguasai ilmu bedah modern yang sangat kompleks di usia 7 tahun. Bermula dari kegemarannya membaca buku-buku kedokteran. Suatu hari, ada seorang anak gembala miskin yang memiliki jari menempel karena terbakar.

Akrit kecil kemudian mencoba membedah si anak gembala yang miskin itu. Dan sukses!

Akrit kini berusia 13 tahun dan dia dinobatkan sebagai anak paling jenius di India. IQ anak ini mencapai 146.
-VivaNews

Budak Tersepit di Celah Dinding


BEIJING - Seorang budak lelaki dari Daye di wilayah Hubei tengah China tersepit di celah dinding bangunan selama tiga jam sebelum diselamatkan beberapa anggota bomba, lapor sebuah akhbar semalam.

Budak lelaki itu bersembunyi di celah ruang kecil berukuran 15 sentimeter di antara dua bangunan semasa dia bermain permainan sembunyi bersama rakan-rakannya baru-baru ini.

Pihak bomba dihubungi selepas beberapa rakan dan orang ramai gagal menariknya keluar dari celah bangunan itu.

Beberapa anggota bomba bertindak memasuki salah sebuah bangunan bagi memecahkan dinding berhampiran budak itu untuk menyelamatkannya. - Agensi-SUMBER

Budak Magnet!


Koprivnica, Croatia, Ivan Stoiljkovic berusia enam tahun mempunyai cerita unik kerana tubuhnya berfungsi seperti magnet kerana logam boleh melekat pada tubuhnya dipercayai mempunyai kuasa menyembuhkan beberapa penyakit.

Menurut keluarganya, Ivan sebelum ini berjaya menyembuhkan sakit perut datuknya dengan menggunakan tangannya. Datuknya, Ivo berkata, apabila cucunya itu meletakkan tangan di perutnya yang sakit, dia berasa panas sebelum kesakitan tersebut hilang. Dia juga berjaya melegakan seorang jirannya yang cedera di kaki selepas terlibat dalam kemalangan traktor.

Ivan sebelum ini terkenal kerana barang logam seperti sudu, telefon bimbit dan periuk akan melekat pada tubuhnya apabila dia menanggalkan baju selain barang logam seberat 25 kilogram turut melekat pada tubuhnya.-SUMBER

Kanak-kanak Main Gusti


Gila betul la diorang ni. Ni mesti terpengaruh dengan WWE. Siap tunjuk gaya John Cena lagi. Haha. Kalau gusti tipu-tipu takpa la jugak, ini betul-betul. Nasib baik tak patah-patah badan tu. Ape pun, anda dilarang sama sekali meniru aksi ini walau dimana pun anda berada. Lihat videonya....

Penonton Resah Ular Lilit Leher Budak


LONDON - Seorang peserta cilik program realiti televisyen Britain's Got Talent (BGT) menawan hati para juri apabila dia melakukan persembahan bersama seekor ular sawa bernama Lucy pada Sabtu lepas.

Namun, para penonton lebih bimbangkan nasib budak perempuan berusia 7 tahun tersebut, Olivia Binfield, apabila lehernya dililit reptilia sepanjang 1.8 meter itu.

Olivia membawa bersama ular sawa jinak itu yang dipelihara keluarganya semasa membaca sajak mengenai kepentingan untuk memulihara spesies terancam dalam BGT.

Sepanjang persembahannya, hos BGT, Ant McPartlin dan Declan Donnelly nampak resah dengan McPartlin bertanya: "Ular itu melilit lehernya, adakah itu normal?"

Panel juri dan para penonton kemudian menarik nafas lega selepas melihat Olivia tidak diapa-apakan reptilia itu dengan dia berjaya mara ke peringkat seterusnya. - Agensi

Budak Empat Tahun Hisap Rokok Dalam Kereta Api


BEIJING - Satu klip video di sebuah laman web di China menunjukkan dua kanak-kanak dipercayai berusia tiga dan empat tahun ketawa semasa mereka merokok di dalam kereta api, lapor sebuah akhbar semalam.

Dua budak itu berdiri di ruang yang kerap dikhaskan untuk penumpang yang merokok.

Dalam klip video tersebut, salah seorang budak itu menghembuskan rokok ke arah rakannya.

Klip video itu mencetuskan perdebatan terbaru mengenai amalan merokok di China yang mempunyai kira-kira 300 juta perokok dewasa.

Imej itu mencetuskan kemarahan daripada penonton yang melihat gelagat budak tersebut di laman Netease.com yang merupakan web portal terbesar di China.

Namun, tiada maklumat yang diberikan berhubung ibu bapa budak tersebut dan destinasi kereta api tersebut. - Agensi-SUMBER

Budak Nyanyi Lagu Malaysia Pelat Jerman

Comel je budak ni nyanyi..
Lagu P. Ramlee, bangau oh bangau.. Haha
Tapi pelat jerman
Tak dapat banyak info la mengenai budak ini. Tapi rasanya macam mix melayu dengan jerman.

Lagu Gelak

Aku rasa ni la lagu yang paling senang nak ingat.

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Video Gempak! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger