Pelajar OKU Dibuli
Sedih sangat tengok video ni, mentang-mentang la dia OKU, ada jugak yang ambil kesempatan mengenakan dia, pukul-pukul la. Memang takda perasaan belas kasihan langsung...
Titisan Air dalam Gerak Perlahan 5000fps
Mari kita lihat titisan air pada gerak yang paling perlahan. 5000 frame per saat iaitu 200 kali lebih perlahan daripada masa sebenar.
Labels:
Slow Motion
Justin Bieber Dibaling Telur
SYDNEY – Polis Australia mengemukakan pendakwaan ke atas seorang remaja yang membaling telur ke arah penyanyi kelahiran Kanada, Justin Bieber di sini baru-baru ini.
Remaja berusia 17 tahun itu muncul di Mahkamah Kanak-Kanak Sydney semalam dan ditahan atas dakwaan melakukan pencerobohan dan melakukan kerosakan.
Nama remaja itu bagaimanapun tidak dapat didedahkan kerana dia diklasifikasi di bawah umur.
Rakaman klip video konsert penyanyi yang terkenal dengan lagu Baby itu di Arena Acer di sini pada minggu lalu menunjukkan beberapa biji telur mentah dibaling ke arah pentas hampir mengenai Bieber.
Selebriti berusia 17 tahun itu dan para penari sebaliknya meneruskan persembahan.
Polis mengatakan bahawa remaja itu menceroboh ke konsert tersebut menerusi bumbung.
Dia dibebas dengan ikat jamin. – AP
Labels:
Berita,
Justin Bieber
5 Kali Sepakan Penalti Baru Dikira Gol
Hahaha. Sepakan penalti yang pelik dan memang tak pernah jumpa lagi. Ada saja kesalahan semasa membuat sepakan sehinggakan terpaksa diulang sebanyak 5 kali. Akhirnya sepakan ke lima baru dikira gol.
Labels:
Bola Sepak,
Lawak
Video Tempat Osama Dibunuh
WASHINGTON 3 Mei – Pasukan tentera rahsia yang membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden di Pakistan kelmarin terdiri daripada anggota komando elit SEAL Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang diterbangkan khas menyeberangi sempadan dari Afghanistan.
Dalam operasi sulit itu tanpa pengetahuan pihak berkuasa Pakistan, beberapa helikopter Blackhawk MH-60 yang diubah suai berlepas dengan membawa pasukan SEAL dari Pangkalan Udara Ghazi menuju ke bandar garison Abbottabad, kira-kira 60 kilometer dari pusat bandar Islamabad.
Sejumlah 22 orang terbunuh atau ditangkap selepas tembakan bertalu-talu dilepaskan selama lebih 40 minit, termasuk Osama yang mati akibat terkena dua tembakan di sebelah kiri muka.
Mayatnya dibawa dengan helikopter yang kembali ke pangkalan, manakala sebuah helikopter mengalami kerosakan mekanikal dan terpaksa dimusnahkan oleh tentera AS, kata pegawai tentera dan White House kepada akhbar National Journal, semalam.
Jika tidak kerana sasaran bernilai tinggi itu, misi tersebut boleh dianggap sebagai rutin bagi pasukan SEAL Team Six yang sangat terlatih, secara rasminya dikenali sebagai Kumpulan Pembangunan Peperangan Khas Tentera Laut tetapi sebagai DevGru di kalangan penduduk tempatan di pangkalan mereka di Dam Neck, Virginia....Baca lagi di sini>>http://goo.gl/urt15
Penonton Resah Ular Lilit Leher Budak
LONDON - Seorang peserta cilik program realiti televisyen Britain's Got Talent (BGT) menawan hati para juri apabila dia melakukan persembahan bersama seekor ular sawa bernama Lucy pada Sabtu lepas.
Namun, para penonton lebih bimbangkan nasib budak perempuan berusia 7 tahun tersebut, Olivia Binfield, apabila lehernya dililit reptilia sepanjang 1.8 meter itu.
Olivia membawa bersama ular sawa jinak itu yang dipelihara keluarganya semasa membaca sajak mengenai kepentingan untuk memulihara spesies terancam dalam BGT.
Sepanjang persembahannya, hos BGT, Ant McPartlin dan Declan Donnelly nampak resah dengan McPartlin bertanya: "Ular itu melilit lehernya, adakah itu normal?"
Panel juri dan para penonton kemudian menarik nafas lega selepas melihat Olivia tidak diapa-apakan reptilia itu dengan dia berjaya mara ke peringkat seterusnya. - Agensi
Labels:
Berita,
Budak2,
Realiti show,
Ular
Lelaki Dua Kali Disambar Petir
NEW YORK - Malang datang bertimpa buat seorang lelaki apabila dia disambar petir sebanyak dua kali dalam tempoh tidak sampai seminit, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki berkenaan sedang berjoging di sebatang jalan raya di pinggir sebuah bandar di Amerika Syarikat pada 11 April lalu apabila insiden itu dirakam kamera video litar tertutup (CCTV).
Ketika kejadian, mangsa disambar petir dan tersungkur ke tanah. Selepas mengambil nafas dan menenangkan dirinya, dia bangkit semula 15 saat kemudian.
Dia sempat berjalan beberapa meter apabila petir sekali lagi menyambarnya menyebabkan dia rebah ke tanah semula.
Lelaki tersebut yang kelihatan bingung memikirkan tentang apa yang sebenarnya telah berlaku kemudian bangun semula dan meninggalkan tempat kejadian.
Rakaman video luar biasa itu mencetuskan sensasi di YouTube dengan beribu-ribu orang memberitahu, mereka terkejut melihat lelaki itu terselamat dalam kejadian tersebut. - Agensi














