New Videos

Kereta Terbang Seperti Transformers



LONDON 18 Julai - Konsep kereta terbang yang telah lama dicetuskan bakal menjadi kenyataan di Britain dalam masa lima tahun lagi apabila pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dilapor telah meluluskan satu model kereta futuristik itu baru-baru ini.

Kereta terbang dua tempat dudukTerrafugia Transition yang bernilai 155,000 pound (RM752,021) itu boleh terbang dengan kelajuan maksimum 184 kilometer sejam.
Kenderaan itu perlu menjalani 20 jam ujian penerbangan dan setiap kali butang pendaratan ditekan, sayapnya akan tertutup secara automatik dalam masa 15 saat.

Untuk setiap perjalanan baru, kereta terbang itu memerlukan kuasa yang disalurkan dari bahagian kipas ke roda belakangnya.

Ketika dalam mode kereta, kenderaan masa depan itu boleh dipandu pada kelajuan maksimum 104 kilometer sejam dan ia boleh disimpan di dalam garaj sama seperti model kereta lain.

"Ia tidak ubah seperti apa yang digambarkan dalam filem Transformer," kata pengasasnya, Carl Dietrich.

Berita penuh di sini >> Utusan

Makan Babi Mentah


Video ini merupakan rakaman daripada sekumpulan pengkaji yang sedang mencari makanan yang pelik-pelik. Semasa dalam perjalanan, mereka terserempak dengan beberapa lelaki yang sedang melapah babi lalu mereka mendekati lelaki tersebut untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Saksikan video di bawah.....

Ayam + Tepung + Kasut = KFC???


Hari ni kecoh mengenai video seorang pekerja KFC yang menyapukan ayam yang masih bertepung ke kasutnya. Memang pengotor dan biadap! Lihat video di bawah dan anda nilai la sendiri...

Credit to: Oh! Media, Oh Best, BOM321

Jambatan Terpanjang di Dunia



BEIJING 30 Jun - China membuka jambatan terpanjang di dunia merentasi laut - Jambatan Teluk Jiaozhou menghubungkan bandar pelabuhan China timur, Qingdao ke pesisir pulau Huangdao, hari ini.

Jambatan sepanjang 42 kilometer dan selebar 35 meter itu menelan kos melebihi AS$1.5 billion (RM4.5 billion).
Penilaian pembinaan jambatan itu telah diluluskan pada Isnin lalu dan jambatan beserta terowong bawah laut itu dibuka kepada lalu lintas mulai hari ini.

Jambatan yang disokong oleh 5,000 tiang itu mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.

Menurut Guinness World Records, rekod jambatan atas air terpanjang sebelum ini dipegang oleh Tasik Pontchartrain Causeway di Louisiana, namun jambatan China ini lebih empat kilometer panjang daripadanya. - Agensi

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm

Iron Man Masuk Pejabat



SHANG HAI, China - Seorang pekerja telekom, Wang Kang mencetuskan sensasi di Internet apabila dia hadir di pejabat dengan memakai kostum watak adiwira Iron Man yang dibuatnya sendiri, lapor sebuah akhbar semalam.
Rakan-rakan sekerja pemuda berusia 25 tahun itu terkejut melihatnya berjalan masuk ke dalam pejabat di sini dengan memakai sut tersebut.
Kostum yang diperbuat daripada busa dan kerangka aluminium itu mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan. Ia memerlukan kos sekitar AS$450 (RM1,364) dan seberat 50 kilogram.
"Rakan-rakan sekerja saya tidak tahu misi saya. Sebahagian mereka tergamam apabila melihat saya menghampiri mereka," katanya.
Dia mendapat idea untuk membina kostum tersebut selepas menonton filem Iron Man yang dibintangi Robert Downey Junior pada tahun 2008.
Klip video kejadian tersebut dirakam oleh seorang rakan sekerjanya yang kemudian, menghantar rakaman itu ke laman web perkongsian video YouTube. - Agensi-SUMBER

Lelaki Dibiarkan Mati Selepas Ditembak



KARACHI - Seorang lelaki tidak bersenjata ditembak pada jarak dekat oleh anggota tentera yang kemudian cuma memerhatikannya mati akibat pendarahan di sebatang jalan di Pakistan, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Dalam kejadian yang dirakam di sini pada minggu lalu, seorang lelaki berpakaian preman menarik mangsa yang didakwa melakukan rompakan lalu membawanya kepada sekumpulan anggota tentera Pakistan.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Sarfaraz Shah merayu belas kasihan tetapi seorang askar tersebut menembaknya beberapa kali dengan peluru menembusi kaki serta tangan mangsa.
Dia rebah ke tanah dan merintih kesakitan tetapi askar-askar tersebut cuma memerhatikan mangsa mati akibat pendarahan sambil berbual sesama mereka.
Orang ramai yang lalu lalang di tempat kejadian juga tidak mempedulikan mangsa. - Agensi-SUMBER

Mati Dipijak Gajah Amuk



BANGALORE - Dua ekor gajah memijak seorang penduduk di bandar Mysore sehingga mati selepas haiwan itu mengamuk selama tiga jam semalam, kata beberapa pegawai.
Menteri Muda Pendidikan di negeri Karnataka, S. A. Ramdas berkata, kedua-dua ekor gajah itu memasuki bandar tersebut dari hutan berdekatan pada pukul 6 pagi.
Menurutnya, mangsa yang terbunuh itu merupakan penduduk berusia 55 tahun yang keluar rumah selepas mendengar bunyi bising.
Sejumlah pengawal hutan dan pegawai dari Zoo Mysore menembak kedua-dua ekor gajah itu dengan ubat pelali selepas ia mengamuk selama tiga jam.
Menurut Ramdas, kedua-dua ekor haiwan itu akan dihantar semula ke hutan.
Semua sekolah dan kolej di bandar tersebut ditutup selama sehari ekoran kejadian tersebut.
Seorang pegawai menyalahkan penempatan manusia di kawasan hutan sebagai punca haiwan itu mengamuk kerana mereka mengganggu habitat gajah.
Menurutnya, gajah itu memasuki kawasan bandar kerana ia mahu mencari makanan. - Agensi- SUMBER

Tatu 152 Rakan Facebook di Lengan



AMSTERDAM - Seorang wanita di Belanda mengabadikan 152 rakan Facebooknya dengan menghasilkan tatu profil mereka pada lengannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita berkenaan yang menggunakan nama Suzyj87 memuat naik klip video di YouTube bagi menunjukkan tatu tersebut.
"Selepas beberapa bulan melakukannya, saya mahu menunjukkan tatu sosial saya. Ia menakjubkan dan saya berbangga dengannya. Harap anda juga menyukainya!" kata wanita itu. - Agensi Sumber-
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Video Gempak! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger