New Videos

'Spiderman' Panjat Bangunan Tertinggi Burj Khalifa


DUBAI: Seorang lelaki Perancis yang terkenal kerana gemar memanjat bangunan tinggi berjaya memanjat struktur tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa di Dubai setinggi 828 meter, walaupun angin kencang menyebabkannya menangguhkan usaha itu selama beberapa jam.
Alain Robert, 48, yang juga dikenali sebagai ‘Spiderman’ Perancis, mengambil masa enam jam untuk memanjat bangunan setinggi lebih 160 tingkat itu, menggunakan tali dan ‘harness’ seperti ditetapkan penganjur.
Robert mengakui, penggunaan peralatan keselamatan terbabit dan kehadiran ramai orang yang berhimpun untuk menyaksikan cubaannya menjadikannya berasa lebih gemuruh.

“Sebenarnya saya rasa lebih banyak tekanan kerana saya tahu bahawa mereka menyiapkan semuanya untuk saya. Mereka juga memasang skrin gergasi setinggi 50 meter dan sepanjang 30 meter.

10 Video Paling Banyak 'Dislike' di Youtube

Ini adalah carta 10 video paling banyak 'dislike' dalam Youtube. Sebelum ini Justin Bieber mengungguli carta tersebut dengan lebih 1juta dislike. Tetapi sekarang JB mempunyai pencabarnya yang terbaru.. Saksikan..

Bigfoot Dirakamkan Menyeberangi Jalan


Seorang penduduk tempatan sempat merakamkan aksi makhluk yang dipercayai 'Bigfoot' menyeberangi jalan semasa di sedang lalu di situ. Makhluk itu kemudiannya lari ke hutan semula.

Saintis Cipta Robot Seperti Sotong Kurita

Gambar sekadar hiasan
Perkembangan teknologi robotik makin maju dan bentuknya makin beragam. Ilmuwan pun membuat robot yang diklatakan sangat mirip denag sotong asli. Seperti apa? 
Pasukan Reading University di Inggris mengatakan, robot gurita ini akan digunakan untuk membantu operasional pemeliharaan bawah laut seperti, penyelamatan terumbu karang dan pengambilan benda-benda seperti black box dari pesawat jatuh. 
Kebanyakan robot memiliki gerakan yang kaku. Namun, ilmuwan robot gurita ini sangat menarik. Dalam rakaman video ujicubanya, tentakel atau tangan robot ini tampak lentur membelit botol air mineral. 
Tentakel robot gurita ini diciptakan tanpa menggunakan kerangka. Alhasil seperti dikutip teknorev, gerakan yang dihasilkan sangat menyerupai tentakel gurita asli. Tentakel robot ini dilapisi semacam alat penghisap untuk menghisap benda agar mendekat. 
Tim mengatakan, pengembangan robot masih jauh untuk dikatakan sempurna dan butuh waktu cukup lama untuk menyelesaikannya. Tim ini terus mengembangkan dan menambah fungsi pada robot ini. 
Sejauh ini, robot gurita itu tampak sangat menjanjikan untuk operasional bawah laut.
Sumber

Kepala Treler Tergantung di Tepi Lebuh Raya

SEBUAH kepala lori treler tergantung di tepi sebuah lebuh raya di Forth Worth, Amerika Syarikat pada Rabu lalu.
KOSMO! 
FORTH WORTH, Texas - Anggota-anggota bomba di sini berjaya menyelamatkan seorang pemandu lori treler air yang tergantung di bahu lebuh raya selepas ia berlanggar dengan sebuah kereta Honda, lapor sebuah akhbar semalam. 
Jurucakap Jabatan Bomba Forth Worth, Tim Hardmen berkata, anggota-anggotanya menggunakan tangga dan peralatan abah-abah untuk mengeluarkan pemandu yang berada dalam keadaan menggeletar dari ruang pemandu pada ketinggian 15.24 meter. 
Operasi menyelamat dalam kejadian yang berlaku pada pukul 4 pagi Rabu lalu itu melibatkan seorang lelaki dan wanita yang berada dalam kereta Honda. 
Kereta itu tersepit di antara treler dengan penghadang di lebuh raya. 
Pemandu lori itu hanya mengalami kecederaan kecil. - Agensi

Gadis Kelantan Cedera Terjun Tingkat 3

DETIK-DETIK mencemaskan ketika seorang gadis cuba terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall di Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU – Pusat beli-belah KB Mall di sini yang pernah gempar ekoran tragedi kereta ‘menjunam dari langit’ pada tahun 2009 sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila seorang gadis cuba terjun disyaki untuk membunuh diri dari tingkat tiga bangunan tersebut.
Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menarik perhatian ramai apabila mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan berdiri di birai bangunan sambil memegang sebilah pisau dan sebuah telefon bimbit.
Sesekali gadis yang bekerja di pusat beli-belah Wakaf Che Yeh dekat sini itu dilihat cuba mengacu dan meletakkan pisau pada lehernya.
Mangsa yang berasal dari Kampung Gaung di sini dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.
Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk gadis tersebut.
Ketua Operasi Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusman Mat Yusof berkata, cubaan pihaknya untuk menarik mangsa gagal apabila gadis itu terlepas daripada genggaman anggota bomba dan terjatuh ketika dia meronta-ronta untuk terjun.-Kosmo!

Ibu Mati Kerana Selamatkan Anaknya Daripada Dihanyut Ombak


An amateur video of an American woman who died saving her son when they were hit by a freak wave shocked Italy on Sunday. The mobile phone footage shows the woman, identified as 49-year-old Anne Sharrie Duncan, standing with her son and a friend on a pier in the resort of Positano when they are hit by the wave late on Saturday. The American, who lived in nearby Naples, was shown being swept into the sea with the 12-year-old boy. The woman was able to push her son toward rescuers before she was carried away by the current.

Polis Kejar Kereta Hantu


Video ini merupakan rakaman daripada sebuah kereta polis yang sedang mengejar sebuah kereta yang penuh misteri. Pemandu tersebut hampir dapat ditangkap tetapi secara tiba-tiba keluar asap dan kereta itu terus ghaib. Kalau tak percaya, lihat sendiri video di bawah...
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Video Gempak! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger