New Videos

Aksi Meniru Semasa Peperiksaan


Ada sesiapa pernah cuba tak? Meletakkan sesuatu seperti nota di bawah meja semasa peperiksaan.
Memang banyak berlaku tetapi eloklah jangan lakukan perkara seperti ini sebab tindakan ini tidak jujur.

Aksi Wanita Curi Handphone

aksi wanita perempuan mencuri curi handphone handset kedai dalam baju masuk celah buah dada tetek

Rakaman CCTV ini menunjukkan seorang perempuan bersama rakannya masuk ke kedai telefon bimbit. Rakannya itu bertindak sebagai tukang 'cover line' dan dia kemudiannya mengambil handset tersebut dan menyimpannya di celah dalam baju. Bagaimana pun mereka tidak sedar yang gerak geri mereka sedang diperhatikan.

Tutorial Lelaki Jadi Perempuan

cara mudah jadi perempuan cara nak buat buah dada palsu besarkan dada tetek lelaki kuat perempuan wanita pondan

Ok, Ini bukan video pembedahan tukar jantina lelaki ke perempuan  tapi video bagaimana lelaki boleh menjadi wanita. Tak faham??? Video ini menunjukkan bagai mana seorang lelaki boleh menjadi perempuan dengan hanya 'make up'. Haha. Tengok jela video ni....

Cara Mudah Hilangkan Lekuk/Kemek Pada Kereta

cara hilangkan kemek lekuk calar pada kereta cara mudah free percuma tak perlu pergi kedai jimat

Kali ni nak tunjukkan sedikit trik bagaimana untuk hilangkan lekuk atau 'kemek' pada kereta. Cuba la dahulu trik ini sebelum pergi ke bengkel untuk baikinya, mana tau menjadi, dapatlah jimat duit sedikit.

Trik ini tak susah mana, hanya perlukan dua barang sahaja iaitu pengering rambut dan juga 'Airduster'(carbon dioxide). Sila lihaat video di bawah.....

[Lawak] Makan Sambil Tidur


Pernah tak korang makan sambil tidur? Hahaha. Jom tengok cara budak kecik ni makan. Mungkin terlalu penat kot sampai mamai masa nak makan. Layannn~

Main Piano Tanpa Jari Pada Satu Tangan


Gadis yang berasal daripada China ini bermain piano tanpa jari pada tangan kanannya. Menurut info yang diperolehi, gadis ini tidak pernah melihat piano sejak 3 tahun dahulu kerana dia tinggal di suatu bandar yang kecil.

Melukis Menggunakan Garam


Percaya atau tak sekiranya saya katakan bahawa gambar di atas dibuat dengan menggunakan garam yang ditaburkan di atas meja? Ya. Memang benar. Menurut info yang kami perolehi, si pelukis ini mula melakukan perkara ini setelah lama berbaris di sebuah restoran. Saksikan video nya~

Gosok Baju Tengah Jalan???


Gosok baju tengah jalan? atau dalam bahasa selamber bila bercakap "iron baju tengah jalan?' Mesti pelik kan. Tapi itu lah realiti yang berlaku. Seorang lelaki yang tidak di kenali tiba-tiba mengosok baju di tengah jalan yang ditutup pada waktu pagi. Seorang lelaki yang bertugas di situ sempat merakamkan aksi lelaki itu. Itu merupakan suatu perbuatan sememangnya pelik dan ramai pemandu yang menyaksikan kejadian tersebut.

Potong Bayi dan Makan


Fuhh.. Ngeri gila. 'Selamber' je orang ni potong bayi tu dan makan. Tak sayang betul la diorang ni. Kalau admin la, tak sampai hati nak buat macam tu kat 'bayi' tu.

Hingus Wartawan Wanita Keluar Semasa Buat Liputan


TORONTO - Seorang wartawan di Kanada, Saphia Khambalia merah padam apabila hingusnya meleleh dari hidungnya semasa dia membuat liputan di depan kamera dan disaksikan oleh penonton, lapor sebuah akhbar semalam.

Insiden yang memalukan itu berlaku baru-baru ini semasa wanita itu yang bekerja untuk stesen televisyen City TV News Toronto membuat laporan langsung di sebuah dewan di sini.

Ketika itu, dia membuat liputan mengenai kehadiran pelakon popular Hollywood, Charlie Sheen di bandar ini.

Semasa kali pertama hingusnya keluar, Khambalia, 23, menyapunya dengan menggunakan rambutnya tetapi sejurus kemudian, hingusnya masih lagi meleleh.

Bagi mengelakkan dirinya daripada terus malu, dia segera menamatkan laporannya apabila melihat hingusnya terus meleleh dan mengenai mikrofon yang dipegangnya. - Agensi
Sumber-http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

Suami Ditampar 42 Kali Kerana Pulang Lewat


Gila brutal la isteri dia ni, tak pasal2 makan penampar sebab pulang lewat je. 'Queen control'

Terjemahan :

W : DIDI YOU KNOW I WAS WAITING FOR YOU FOR SO LONG

H : YES I KNOW

W : YOU DARE TO DO IT AGAIN ?

H : I WON'T

W : LOUDER!!!

H : I WON'T

Kucing Ninja

Gambar sekadar hiasa
Kucing ni mungkin ada belajar ilmu ninja dulu. Haha. Lawak jugak bila tengok kucing ni, sanggup buat apa sahaja untuk dapat apa yang dikehendakinya. Layann~

Misteri Kenderaan Bergerak Sendiri




BANYUMAS, Indonesia - Fenomena kenderaan bergerak sendiri walaupun enjin sudah dimatikan berlaku di Jawa Tengah, lapor beberapa buah akhbar dan laporan stesen televisyen semalam.

Keajaiban alam itu berlaku di sebuah kawasan dikenali dengan nama Jabal Magnet di sini.

Stesen televisyen tempatan, Metrotvnews.com, melaporkan kawasan tersebut terletak di Jalan Raya Desa Limpakuwus, Banyumas.

Tinjauan oleh stesen televisyen berkenaan di lokasi semalam mendapati kereta tersebut mampu bergerak sendiri sejauh 50 meter dengan kelajuan 10 kilometer sejam.

Kejadian luar biasa itu disaksikan beratus-ratus penduduk setempat, malah ada yang membawa kenderaan untuk menguji sendiri kesahihan fenomena tersebut.

Satu pasukan ahli geologi Indonesia turut tiba di lokasi berkenaan untuk melakukan pemeriksaan.

Ujian awal oleh pasukan ahli geologi Universiti Jeneral Sudirman Purwokerto gagal menemui medan magnet di bukit itu.

Namun, mereka mengesahkan batu-batan di sekitar lokasi itu mempunyai kandungan magnet yang agak tinggi.

Setelah ujian seterusnya yang melibatkan alat pengukur ketinggian dilakukan, pakar-pakar geologi berkenaan menyatakan, fenomena tersebut dipercayai berlaku kerana bentuk muka bumi sekitarnya yang berbukit.

Bagaimanapun, menurut mereka, satu kajian mendalam perlu dilakukan bagi mengesahkan perkara itu. - Agensi-SUMBER

Jaringkan Gol Guna Kemaluan


Serius ni memang gol yang paling pelik dalam sejarah bola sepak pernah admin tengok. Walau bagaimanpun, gol itu di terima pengadil dan menimbulkan kemarahan pihak lawan. Mereka kemudiannya menanggalkan seluar dan menunjukkan kemaluan mereka sebagai tanda protes terhadap gol itu.

Bangkai Makhluk Asing Ditemui di Rusia


ULAN-UDE - Satu klip video yang bocor di Internet menunjukkan satu bangkai mahkluk asing ditemui di wilayah Siberia, Rusia, lapor laman Allnewsweb.com kelmarin.

Bangkai berkenaan ditemui di kawasan bersalji selepas satu objek besar dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) bercahaya merah jambu dan biru menjunam ke Bumi sebelum terhempas di wilayah Irkutsk lebih sebulan lalu.

Kejadian itu disaksikan ratusan penduduk setempat manakala satu pasukan terdiri daripada beberapa ejen perkhidmatan rahsia dan pegawai Kementerian Sains Rusia tiba di lokasi kejadian beberapa jam kemudian.

Insiden yang jarang berlaku itu turut mendapat liputan meluas di Rusia termasuk agensi berita rasmi Interfax tetapi ia dipinggirkan oleh media Barat, dipercayai bagi menyembunyikannya daripada pengetahuan umum.

Klip video tersebut yang menunjukkan bangkai makhluk asing yang ditemui di wilayah Republik Buryatia, Siberia, tidak jauh tempat UFO itu terhempas di wilayah Irkutsk kini boleh ditonton di laman YouTube.

Makhluk asing itu terselamat dalam nahas udara itu ia tetapi mati tidak lama kemudian ekoran iklim sejuk Rusia yang ekstrem. - Agensi-SUMBER

Biri-biri Diwarnakan Oren Elak Dicuri



DEVON - Seorang petani, John Heard di sini sanggup mewarnakan bulu sejumlah biri-biri miliknya dengan warna oren bagi mengelak ia dicuri, lapor sebuah akhbar kelmarin.
"Ia akan kelihatan seperti biri-biri yang ganjil tetapi muslihat itu berjaya dan saya hanya hilang seekor biri-biri pada tahun ini," kata Heard yang berusia 49 tahun.
Menurutnya, sebanyak 250 ekor biri-biri miliknya sebelum ini hilang sejak beberapa tahun lalu sebelum dia membuat keputusan untuk mewarnakan bulu haiwan itu.
"Muslihat itu berjaya kerana haiwan itu mudah untuk dibezakan (dengan ternakan lain) menjadikan saya dan jiran-jiran saya mudah untuk mengawal haiwan tersebut," katanya.
Biri-biri itu mempunyai kepala yang berwarna hitam.
Dia mendapat idea itu daripada seorang anak lelakinya, James yang melihat biri-biri diwarnakan di Scotland.
Kejadian mencuri biri-biri menjadi satu masalah besar di wilayah itu dengan haiwan betina bernilai £140 (RM690.92) seekor. - Agensi-SUMBER

Lagu Isabella Versi Seksi


Mesti korang tau lagi Isabella kan? Video kali bukan dinyanyikan oleh Amy Search tetapi penyanyi seksi daripada Indonesia kalau tak silap. Lagu Isabella versi Dangdut. Haha. Jom layan~

Tangan Tersangkut di Lubang Tandas Ketika Ambil Handphone


Seorang lelaki dari Daerah Jiangsu di China ini bernasib malang kerana tangannya tersangkut di lubang tandas ketika cuba untuk mengambil handphonenya yang terjatuh masuk ke dalam lubang tandas itu. Akibatnya, pihak penyelamat terpaksa memecahkan mangkuk tandas itu untuk mengeluarkan tangannya. Dia bagaimana pun tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

Lelaki Memandu Dua Kereta Bumper di Jalan Raya


BEIJING - Polis terkejut apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki memandu kereta yang mengandungi dua bampar di sebatang jalan raya di Taizhou, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang anggota polis menahan pemandu kereta itu yang mendakwa dia memandu kenderaan tersebut kerana ia merupakan cara pengangkutan yang paling murah.

Lelaki tersebut diberikan amaran oleh polis supaya tidak mengulangi perbuatannya kerana tiada undang-undang di China yang melarang penggunaan kereta unik itu. - Agensi-SUMBER

Bas Unik Seperti Limousin

BAS unik dipamerkan pada Pameran Dunia Persatuan Pengangkutan Antarabangsa di Dunia yang bermula 10 April hingga semalam.
DUBAI - Satu kumpulan pereka Belanda dari Universiti Delft TU termasuk bekas angkasawan negara itu, Wubbo Ockels berjaya mencipta bas unik yang bernilai AS$18.75 juta (RM56.70 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Bas unik itu umpama limousin tetapi ia mempunyai enam tayar dan boleh membawa 23 penumpang manakala panjang kenderaan tersebut adalah 4.57 meter.

Kenderaan tersebut boleh bergerak selaju 255 kilometer sejam, mempunyai 12 pintu, dijana dengan satu motor elektrik dan bateri litium polimer.

Bentuk luaran kenderaan itu yang aerodinamik membantu ia menggunakan bahan bakar dengan efisen.

Ketua jurutera reka bentuk bas itu ialah Antonia Terzi yang pernah bekerja dengan pasukan kereta lumba Formula Satu, BMW Williams.

Projek pembinaan bas itu mengambil masa selama tujuh tahun yang bermula pada 2004. - Agensi-SUMBER

Klik readmore untuk foto dan video>>

Budak Empat Tahun Hisap Rokok Dalam Kereta Api


BEIJING - Satu klip video di sebuah laman web di China menunjukkan dua kanak-kanak dipercayai berusia tiga dan empat tahun ketawa semasa mereka merokok di dalam kereta api, lapor sebuah akhbar semalam.

Dua budak itu berdiri di ruang yang kerap dikhaskan untuk penumpang yang merokok.

Dalam klip video tersebut, salah seorang budak itu menghembuskan rokok ke arah rakannya.

Klip video itu mencetuskan perdebatan terbaru mengenai amalan merokok di China yang mempunyai kira-kira 300 juta perokok dewasa.

Imej itu mencetuskan kemarahan daripada penonton yang melihat gelagat budak tersebut di laman Netease.com yang merupakan web portal terbesar di China.

Namun, tiada maklumat yang diberikan berhubung ibu bapa budak tersebut dan destinasi kereta api tersebut. - Agensi-SUMBER

Lady Gaga Jatuh Tergolek Terlentang


Lady Gaga terjatuh ketika sedang beraksi semasa konsertnya berlangsung. Dia kemudiannya bangun dan meneruskan nyanyiannya seperti seorang penyanyi yang professional. Memang lawak.. Haha..Layann~

Lagu OooOOohh...

Lagu yang paling senang nak dihafal kerana liriknya hanya "OooOoo...". Tapi mungkin susah sikit nak menyanyikannya sebab perlukan suara yang cukup merdu dan nyaring. Tapi memang sedap bila dengar. Jom sama-sama kita layan..

Ibu Suka Makan Kusyen Sofa


BRADENTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ibu kepada lima orang anak, Adele Edwards didapati mengalami sejenis gangguan pelik yang dikenali sebagai Pica kerana dia gemar memakan kusyen sofa.

Pica merupakan gangguan yang sering dialami oleh kanak-kanak dan ibu mengandung yang kekurangan nutrien tertentu. Ia boleh menyebabkan mereka suka memakan benda-benda seperti kapur tulis, duit syiling, bateri dan tanah.

Dia yang berasal dari Bradenton, Florida Amerika Syarikat (AS) dikatakan telah memakan kusyen selama 21 tahun. Adele dilihat cuba mendapatkan bantuan selepas masalahnya itu sudah tidak dapat dikawal.

"Sejak beberapa tahun lalu, saya sudah makan tujuh sofa. Saya membuka zip alas kusyen dan memakannya. Apabila sudah makan, saya sukar untuk berhenti. Kini, doktor memberitahu jika saya meneruskannya, ketagihan ini akan membunuh saya," katanya.

Adele mengakui tabiat peliknya itu berlaku kerana tertekan sewaktu ibu bapanya mahu bercerai ketika dia baru berusia 10 tahun. Kini, dia memakan kusyen sebanyak 15 kali sehari. Adele terpaksa mendapatkan rawatan terapi dan hipnosis demi menghilangkan ketagihan luar biasa itu. - Agensi-SUMBER

Tukar Ferrari Jadi Limousin

SEBUAH Ferrari F360 baru berharga bermula dari AS$81,678 (RM246,790).
LONDON - Seorang pemilik Ferrari 360 di sini membelanjakan wang sebanyak AS$326,687 (RM987,084) untuk mengubahsuai kereta sport miliknya menjadi sebuah limousin, lapor sebuah akhbar semalam.

Proses mengubah suai kereta sport yang dibeli pada harga AS$81,678 (RM246,790) itu mengambil masa enam bulan dengan menggunakan alat ganti tulen Ferrari.

Ferrari 360 asal memiliki 400 kuasa kuda (bhp) dan mampu memecut 0-100 kilometer sejam dalam masa cuma empat saat. Namun, limousin tersebut tidak dapat mencapai kelajuan asalnya kerana beratnya sudah bertambah. - Agensi-SUMBER

Tak Boleh Tutup Mulut Lepas Menguap


KINGSTHORPE, Britain - Seorang remaja perempuan berumur 17 tahun, Holly Thompson tidak dapat menutup mulut selepas dia menguap semasa berada di dalam kelas di Sekolah Perempuan Northampton di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, dia meminta seorang rakan menutup mulutnya tetapi apa yang berlaku ialah dia berasa sakit semasa percubaan itu dilakukan.

Holly kemudian dihantar menemui seorang jururawat sekolah tetapi dia gagal untuk menutup mulutnya walaupun air panas dan ketul ais diletakkan di bawah dagunya.

Dia kemudian dihantar ke Hospital Besar Northampton dan rahangnya terkatup semula selepas 26 batang kayu kecil mirip batang aiskrim dimasukkan ke dalam mulutnya.

Dr. Ejiro Obakponovwe memasukkan batang kayu itu yang diikat dengan pita pelekat dengan tujuan untuk menjadikan rahang Holly menjadi letih kerana gigi Holly menggigitnya buat seketika.

Doktor wanita itu menarik perlahan-lahan batang kayu tersebut sebelum dia memegang kedua-dua pipi pelajar tersebut dan menutup mulut Holly.

Pelajar itu kemudian dapat menutup semula mulutnya tanpa berasa sakit.-SUMBER

[Pelik] Daging Katak yang Sudah Mati Hidup Semula


3 ekor kaki katak ini diletakkan diatas pinggan. Kemudian ditaburkan sedikit garam. Apa yang peliknya, kaki katak itu bergerak seolah-olah masih hidup.

Peminat Bawa Mayat dan Keranda Tengok Bola

Christopher Columbus Alexander Jácome Sanguino, seorang peminat bola sepak 17 tahun di Colombia, dibunuh ketika bermain bola sepak di kawasan kediamannya. Teman-temannya membawa tubuh Jacome dalam keranda ke stadium awam Sanatander di Cucuta, selama pertandingan mingguan antara Cucuta Deportivo dan Envigado.-Sumber
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Video Gempak! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger